
Dengan fungsi yang ada pada iOS 15, aplikasi Find My Network membolehkan peranti tersebut dicari walaupun dimatikan mahupun telah di “factory reset”. Ini merupakan sesuatu yang agak baik kerana Factory Reset adalah keadaan dimana peranti dikembalikan kepada status asal dimana data dipadam dan menjadikan ia seperti peranti yang baru sahaja dikeluarkan dari kilang.
Namun dengan adanya iOS 15, peranti iPhone masih boleh dicari apabila berada dalam keadaan ini. Pihak Apple mengatakan bahawa fungsi ini mempunyai teknologi yang sama seperti AirTag.
Dimana ketika iPhone mati kerana kehabisan bateri, peranti tersebut sebenarnya masih menyimpan kapasiti bateri yang cukup untuk digunakan untuk dijejak. Dengan ini, peranti dapat dicari dalam tempoh beberapa jam selepas ia dimatikan.
Tetapi bagi pengguna yang ingin memastikan peranti tersebut mati sepenuhnya dan tidak juga digunakan untuk dijejak walaupun dimatikan. Pengguna boleh membuka
Settings > Disable Low-power Find My Mode
Maka iPhone anda akan berada dalam keadaan dimatikan sepenuhnya.