Cara Kekal Di iOS 14 Tapi Masih Terima NaikTaraf “Security”

iOS 15

Pekara utama sebagai pengguna iOS semestinya untuk mendapatkan keselamatan dan privasi yang ditawarkan. Namun dengan menerima naiktaraf OS kadang-kadang agak leceh oleh kerana kapasiti storan yang digunakan bertambah dan penggunaan bateri yang tinggi.

Kini Apple membawa solusi kepada pengguna berkenaan hal ini. Dimana pengguna boleh kekal pada iOS 14 dan menerima naiktaraf keselamatan dari iOS 15.

Cara-cara Untuk Terima Naiktaraf Tanpa Ke iOS 15
1. Buka Settings pada iPhone, iPod atau iPad
2. Pergi ke General
3. Pilih Software Update
4. Tekan Automatic Updates
5. Nyahaktifkan pilihan Automatic Download dan Install iOS Updates

Maka dengan ini peranti anda tidak akan memuat turun dan memasang naiktaraf secara automatik. Namun jika naiktaraf keselamatan di terima, anda boleh melihatnya pada menu Software Update.

Dengan ini, anda dapat kekal pada iOS yang anda inginkan dan masih menerima naiktaraf keselamatan peranti. Tetapi segala fungsi terbaru pada iOS 15 masih tidak akan diterima. Hanya naiktaraf keselamatan sahaja.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)