iPhone adalah produk telefon pintar dari syarikat Apple, seperti yang kita tahu iPhone adalah produk yang mahal untuk dibeli di Malaysia ini. Ramai yang tertanya-tanya adakah ada model yang boleh dibeli pada harga bawah RM2000. Jom kita tengok!
- iPhone 11 Pro
iPhone 11 Pro adalah sekitar RM2300, dengan penggunaan chip A13 Bionic (tiada 5G) yang boleh dikatakan bagus untuk kamera dan untuk bermain game. Spefikasi kamera dengan 3 jenis kamera 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.0, 52mm (telephoto), 12 MP, f/2.4, 120˚, 13mm (ultrawide). Meggunakan skrin jenis OLED, bateri kapasiti 3046 mAh dengan pengecasan pantas 18W. Dengan saiz yang kompak senang untuk dipegang memang ini adalah iPhone yang kami syorkan. Klik sini untuk beli iPhone 11 Pro
- iPhone 12 Mini
iPhone 12 Mini adalah sekitar RM1800 juga, dengan penggunaan chip A14 Bionic (ada 5G) yang bagus untuk kamera dan untuk bermain game. Spefikasi kamera dengan 2 jenis kamera sahaja 12 MP, f/1.6, 26mm (wide), 2 MP, f/2.4, 13mm, 120˚ (ultrawide). Menggunakan skrin jenis OLED, akan tetapi bateri kapasiti hanya 2227 mAh dengan pengecasan pantas 20W sepertinya tidak sesuai untuk peminat permainan video secara mobil dan mungkin tahan sehingga separuh hari penggunaan ringan sahaja. Dengan saiz yang kecil, mungkin hanya sesetengah pemilik yang ingin memilikinya. Klik sini untuk beli iPhone 12 Mini
- iPhone 12
iPhone 12 adalah sekitar RM3000 (Baru) namun pada pasaran terpakai ianya boleh didapati pada harga RM2500 , selepas ini iPhone 11 akan dibuang dari pasaran dan harga iPhone 12 akan direndahkan lagi ianya adalah berita baik untuk pembaca. iPhone 12 dikuasakan chip A14 Bionic (ada 5G) yang bagus untuk kamera dan untuk bermain game. Spefikasi kamera dengan 2 jenis kamera sahaja 12 MP, f/1.6, 26mm (wide), 2 MP, f/2.4, 13mm, 120˚ (ultrawide). Menggunakan skrin jenis OLED, akan tetapi bateri kapasiti hanya 2815 mAh dengan pengecasan pantas 15W sepertinya sangat sesuai untuk peminat permainan video secara mobil dan dan peminat fotografi. Dengan saiz yang sederhana, sangat sesuai jika ingin memilikinya. Klik sini untuk beli iPhone 12 SHOPEE & LAZADA
- iPhone 11
iPhone 11 adalah sekitar RM1650 (terpakai), RM2400 (Baru), dengan penggunaan chip A13 Bionic (tiada 5G) yang boleh dikatakan bagus untuk kamera dan untuk bermain game. Spefikasi kamera dengan 2 jenis kamera 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.4, 120˚, 13mm (ultrawide) kurangnya telephoto kamera berbanding iPhone 11 Pro. Menggunakan skrin jenis LCD walaupun bateri kapasiti 3110 mAh dengan pengecasan pantas 18W lebih besar berbanding iPhone 11 Pro. Dengan saiz yang sederhana (ngam ngam soi kami katakan) memang ini adalah iPhone yang kami syorkan. Klik sini untuk beli iPhone 11 SHOPEE & LAZADA
- iPhone XS / XS Max
iPhone XS / XS Max adalah sekitar RM1300 dan RM1650, dengan penggunaan chip A12 Bionic (tiada 5G) yang boleh dikatakan biasa-biasa untuk kamera dan untuk bermain game (Xs Max). Spefikasi kamera dengan 2 jenis kamera 12 MP, f/1.8, 26mm (wide), 12 MP, f/2.4, 52mm (telephoto) sama untuk kedua-dua varian. Menggunakan skrin jenis OLED walaupun bateri kapasiti 2658 mAh dan 3274 mAh dengan pengecasan pantas hanya 15W. Dengan saiz yang kompak untuk Xs dan besar untuk Xs Max, pemilihan bergantung kepada pemilik itu sendiri. Klik sini untuk beli iPhone Xs / Xs Max
Berikut adalah 5 iPhone sekitar RM2000 dan bawah RM2000 yang boleh didapati di pasaran baru ataupun terpakai yang kami boleh sediakan. Link pembelian untuk rujukan pembaca telah kami sediakan. Namun jika ditanyakepada pihak kami, yang manakah menjadi pilihan kami, kami akan memilih iPhone 11 Pro jika ada bajet lebih sedikit cubalah cari iPhone 12 terpakai, ianya lebih bagus dan tahan lama, bateri juga mantap pada pendapat kami.
Sekian Terima kasih.
KOLEKSI BARANGAN MENARIK dengan justifikasi lengkap klik : https://shopple.co/gajetnawmy