iPhone XR Untuk 2021 & 2022?

Gambar iPhone XR

iPhone XR telah dikeluarkan pada September 2018, namun dengan spesifikasinya teknologi tahun 2018, adakah iPhone XR masih relevan pada tahun 2021? Jadi disini, kami akan senarai kenapa saya (penulis) berpendapat iPhone XR masih relevan pada tahun 2021/2022.

1.Cip Pemprosesan Yang Masih Hebat

A12 berada di kedudukan ke-14, 18/6/2021

Bagi kami walaupun cip pomprosesannya adalah teknologi tahun 2018, yang bermaksud sudah 3 tahun daripada artikel ini ditulis. Namun jika dibandingkan dengan cip pemprosesan yang baru tahun 2021, cip ini masih lagi berada di tangga yang agak tinggi iaitu pada tangga ke-14 (rujuk gambar diatas).

2. Sokongan iOS Yang Masih Tidak Perlu Dirisaukan Lagi

Seperti yang sedia maklum, sokongan iOS pada iPhone biasanya adalah 5 tahun setelah tarikh tamatnya sesebuah iPhone. Namun sehingga ke harini, iPhone XR masih dijual di apple store dan apple authorised reseller. Ini bermaksud sokongan iOS 15, 16, 17 masih tidak perlu dirisaukan oleh pengguna iPhone XR. Jika dilihat pada waktu sekarang, iPhone 7 masih mendapat sokongan iOS 15 kelak. Namun tidak dinafikan bahawasanya Apple akan membuat iPhone dengan RAM yang serendah 3GB RAM mungkin tidak menyokong sepenuhnya fungsi-fungsi kemaskini iOS 15,16,17. Jika dilihat dari segi servis pasca pembelian, Apple melakukan perkara yang bagus.

3. Kamera Yang Hebat

Walapun kamera iPhone XR hanya satu kamera, bagi saya(penulis) ianya masih diantara yang terbaik pada harganya, dan jika dibandingkan penoptimasian antara aplikasi seperti Facebook, Instagram, iPhone lebih baik berbanding daripada peranti Android yang lain (pada kelas harganya). Gambar yang dimuat naik menggunakan iPhone XR menerusi facebook , Instagram, Instagram Stories memang tidak dinafikan antara yang tercantik. Bercakap tentang kamera, dengan 12 Megapixel, bagi kami yang mempunyai amatur skill dalam mobile photography dan editing, ianya tiada masalah. Bab kata pepatah moden, ianya masih “Insta Worth”

4. Masih Tiada Masalah Untuk Penggunaan Harian

Bagi kami, dengan 3GB RAM memang tiada masalah untuk iPhone menjalankan tugas hariannya dengan baik. Cuma jika untuk multitasking mungkin tidak sesuai, lagi untuk pengguna yang sangat-sangat produktif seperti designer, businessman, penulis serta pembaca artikel dan seangkatan dengannya kerana mereka ini sering bertukar-tukar aplikasi untuk tugasan harian mereka.

Sumber : MKBHD

5. Gaming iPhone XR Masih PADU

Jika ditanya pengguna iPhone XR, mereka masih mereka satu pengalaman yang baik ketika bermain PUBG, Mobile Legend, mahupun COD Mobile dengan tetapan penuh Grafik. Namun jika anda seorang pemain Genshin Impact, masalah kepanasan mungkin akan dirasai sedikit. Tapi tiada masalah jika anda dapatkan mana-mana kipas penyejuk dari SHOPEE dan LAZADA.

6. Harga iPhone XR Kian Mampu Milik

Seperti yang kita tahu, dulu pada waktu pelancaran harganya sedikit mahal sekitar RM3599 , namun kini harganya boleh didapti di apple store denga harga RM2399 jika dilihat di SHOPEE dan LAZADA harganya kini boleh didapati dengan serendah RM2049 untuk yang baru dan original.

Klik Laman Penjualan Rasmi Harga Murah : SHOPEE dan LAZADA

Kesimpulannya, jika anda benar-benar ingin memilikinya, boleh lah membelinya untuk kegunaan harian, kamera, media sosial dan untuk berbisnes kecil kecilan. iPhone XR satu pilihan yang bijak kerana penggunaan seperti itu tidak menggunakan bateri secara ketara.

Akil Nusir

Pengasas dan pencipta kandungan GajetNaw di YouTube, Facebook dan Laman Sesawang.

Related Posts

© 2021 GajetNaw.com , SirZaa Enterprise, (002990789-H)