
Pilih default browser pada Windows merupakan pekara yang mudah dilakukan pada Windows 10 dan kebawah. Namun anda tidak akan menerima kaedah yang sama pada Windows 11. Untuk menggunakan browser yang anda inginkan, anda perlu melakukannya sebanyak 10 Kali.
Selepas anda menaik taraf ke Windows 11, Microsoft Edge akan menjadi pelayar umum untuk kegunaan internet anda. Namun untuk menjadikan pelayar kegemaran anda menjadi pelayar umum. Anda perlu menetapkkan dalam keadaan yang agak leceh.
Cara-cara Menukar
1. Buka Settings
2. Pilih Apps
3. Pilih Default Apps

4. Pilih pelayar yang anda inginkan sebagai default bagi Windows 11. Sebagai contoh Google Chrome.

Mudah bukan? Namun ia tidak sampai disitu sahaja. Langkah seterusnya.
5. Tekan pilihan .htm
6. Pilih “Switch anyway”.
7. Pilih Google Chrome dan tekan OK.

8. Seterusnya ulang semula langkah satu bagi extension
– .html
– .pdf
– .shtml
– .svg
– .webp
– .xht
– FTP
– HTML
– HTTPS
9. Anda perlu melakukan kesemuanya extension untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.
Mengapa Microsoft melakukan kaedah yang agak menyusahkan ini? Jawapannya adalah kerana setiap extension mempunyai tahap naik taraf dan kesesuaian tertentu kepada pengguna seperti keselamatan antaranya. Tambahan, menggunakan pelayar berbeza sangat berguna sebenarnya.
Seperti Microsoft Edge, mereka mempunyai fungsi dalam pendokumen dan pembacaan. Dimana anda bukan sahaja boleh membuka pdf, malah ia menyokong fungsi highlight isi kandungan, ruang chapter ketika anda memuat turun e-book secara pdf.
